Wednesday 15 May 2013

Anda sudah penat bekerja seharian? atau Tension dengan tugas?

Luangkan masa bersama  keluarga  untuk bercuti dengan penuh keceriaan :)

Kami  dari JOMCUTI adalah pakar percutian Bajet ke   Destinasi JAKARTA, BANDUNG, MEDAN, PADANG, HO CHI MINH, KOREA DAN BEIJING !!
**DATE BERCUTI DARI FEB 2013 - DEC 2013. BOOK HARI INI... KE MANA-MANA DESTINASI ANDA... DAPATKAN QUOTATION ANDA DARI KAMI hari ini juga....

Isikan borang ini dan hantar ke jomcuti66@gmail.com

NAMA :
HP :
EMAIL :
DESTINASI :
TARIKH :
JUMLAH DEWASA :
JUMLAH KANAK-KANAK :
UMUR KANAK-KANAK

facebook page: https://www.facebook.com/promosijombercuti
blog : www.jomcuti66.blogspot.com

MARI shopping di BANDUNG 3H2M ALL-IN

 PERCAYA TAK CUMA RM 559 p/pax shj... TERHAD .. PADA YG BERMINAT ...LAST ROUND tarikh 29-31 OCT 2013 !!

Ground kos Termasuk :
Hotel 3 bilik selama 3 mlm + transport utk 4 hari + + breakfast + driver cum tourguide + tiket penerbangan
(semua yang basic dah termasuk )... SAH !! 5 hari SAHAJA!!!!
Tidak termasuk bagasi.
Deposit RM 400 P/PAX

syarat2: satu group khas 6 org dewasa shj.

Tempah Sekarang : 013-2902921
email : jomcuti66@gmail.com

Wednesday 8 May 2013

Faedah Melancung #5

Pada zaman kini, ramai ibu bapayang  sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga  terutamanya dengan anak-anak mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

Tuesday 7 May 2013

Pakej Percutian ke Bandung

Untuk 5 hari sahaja

Betul-betul MURAH !!!!! PROMOSI PERCUTIAN !!!

Jom G bandung 3h2m ALL-IN !!!! cuma RM 489 p/pax shj...
Bertarikh 9-11 september 2013 !!

Ground kos Termasuk :
Hotel 3 bilik selama 2 mlm + transport utk 3 hari + + breakfast + driver cum tourguide + tiket penerbangan
(semua yang basic dah termasuk )...
Tidak termasuk bagasi.
Deposit RM 200 P/PAX

syarat2: satu group khas 6 org dewasa shj.
email : jomcuti66@gmail.com

JOM SHOPPING SEBELUM RAYA DI BANDUNG

JOM SHOPPING DI BANDUNG - 12-14 JUN 2013 (sebelum puasa/raya)

JOM BORONG SAKAN

RM 779 per pax (termasuk tiket penerbangan)

PAKEJ TERMASUK
- The victoria guest house double sharing
- Transport 3 hari
- Breakfast 2x
- Tipping
- Tour Guide
- Tempat-tempat shopping sepanjang percutian (full shopping)
*pasar baru
*Toko tiga
* Jalan cibaduyut
*Factory Outlet jalan setiabudi
*Jln Cihampelas & Ciwalks Mall.
*Bandung Trade Centre
*Kartika sari
DAN LAIN-LAIN LAGI

**minima 6 org sahaja

Monday 6 May 2013

Faedah Melancung #4

  • Dapat meningkatkan keimanan melalui pemerhatian pada keagungan ciptaan Allah.
  • Menimbulkan keinsafan pada kesan bencana atau bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T.
  • Dipermudahkan jalan menuju ke Syurga.
  • Percambahan pengetahuan berkenaan adab dan budaya setempat.
  • Mendapat rahmat dan keberkatan.
  • Memperoleh ramai kenalan.
  • Meningkatkan kualiti hidup, sekaligus dapat menghindari kemiskinan.
  • Mendapat rukhsah atau bonus khas dalam mengerjakan ibadah

Thursday 2 May 2013

Faedah Melancong #3

Dengan Melancong Juga Dapat Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan. Dengan Melancong Kaum Keluarga Dapat Beramah Mesra Dan Bergurau Senda Sambil Berhibur. Hal Ini Amat Digalakkan Oleh Islam, Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja Serta Anak-Anak Yang Sibuk Dengan Urusan Pelajaran Dapat Bersama Dan Bersatu Serta Mengukuhkan Hubungan Yang Kian Longgar.
Dengan Melancong Juga Kita Dapat Mengisi Masa Lapang Dengan Perkara Yang Berfaedah. Anak- Anak Terhindar Daripada Melakukan Perkara Negatit Terutama Pada Waktu Cuti Sekolah Seperti Bercampur Gaul Dengan Remaja Yang Rosak Akhlak. Ibu Bapa Juga Dapat Mengetahui Aktiviti Anak-Anak Kerana Sepanjang Waktu Melancong, Anak-Anak Sentiasa Bersama Mereka.

Wednesday 1 May 2013

Faedah Melancong #2

Melancong Adalah Salah Satu Aktiviti Yang Amat Menyeronokkan Sekali. Tambahan Pula, Ia Memberi Banyak Faedah Serta Manfaat. Semua Manusia Mengimpikan Tempat Yang Indah Untuk Dilawati Dan Menghabiskan Masa Cuti Bersama Keluarga Setelah Penat Menjalani Kerja Seharian. Terdapat Banyak  Tempat Pelancongan Yang Menarik Dan Sesuai Untuk Dijadikan Destinasi Percutian.
Dengan Melancong Kita Akan Dapat Menambahkan Pengetahuan Dan Meluaskan Pandangan Ke Tempat-Tempat Yang Belum Pernah Kita Lawati. Contohnya Kita Akan Dapat Melihat Kebudayaan Yang Diamalkan Di Sesebuah Tempat Yang Jauh Berbeza Dengan Tempat Kita. Selain Itu, Melancong Juga Dapat Melapangkan Fikiran. Ini Kerana, Fikiran Kita Perlu Juga Direhatkan Daripada Terus Bekerja.

Faedah melancong

Terlalu banyak destinasi yang menarik untuk dilawati di dalam atau luar negara kita. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang kurang arif mengenai kebaikan yang akan mereka perolehi sekiranya mereka pergi melancong.
Antara faedah melancong ini ialah, kita boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Contohnya, kita boleh mengadakan percutian keluarga di kawasan peranginan seperti di Pulau Redang , Genting Highland dan sebagainya. Kelebihannya, institusi kekeluargaan akan bertambah kukuh.
Selain itu, melalui aktiviti ini juga, kita dapat meningkatkan ilmu Geografi serta ilmu Sejarah kepada orang ramai. Impaknya, kita akan lebih mengetahui kedudukan dan latar masyarakat sesuatu tempat pelancongan.
Bukan itu sahaja, aktiviti melancong juga berupaya merehatkan minda kita dari memikirkan soal pekerjaan semata-mata. Sebagai contoh, kita dapat menenangkan fikiran dengan bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Akhir kata, aktiviti melancong ini ternyata mendatangkan impak yang positif kepada kehidupan seharian kita.

Jom Bercuti...