Monday, 29 April 2013

Hanya Letak Wang diperlukan

Mengemas beg pakaian untuk me­lancong mungkin sudah biasa, tetapi bagaimana mengemas dompet sebelum bercuti?

“Ala, dompet je. Buat apa nak sibuk-sibuk mengemas,”. Itulah antara maklum balas apabila diajukan mengenai cara mengemas dompet ketika bercuti.

Walaupun dompet itu kecil, ia menyimpan pelbagai barangan berharga terutama wang dan kad pengenalan.

Mengemas isi dompet sama pentingnya de­ngan mengemas beg anda. Apalagi jika bercuti di luar bandar atau luar negara. Dompet menjadi sesuatu yang wajib anda bawa.


Justeru, untuk tip melancong minggu ini, kita akan mengetahui bagaimana mengemas dompet ketika melancong supaya segalanya selama dan teratur. - sumber Kompas.Com



Wang

Letaklah wang tunai secukupnya dalam dompet. walaupun pembayaran boleh gunakan dengan kad, kehadiran wang tunai amat penting.
Wang tunai diperlukan untuk membayar perbelanjaan atau perkhidmatan seperti membeli makanan di tepi jalan atau berkunjung ke pasar.
Bagaimanapun, jangan letak semua wang perbelanjaan melancong di dalam dompet. Pecahkan ke beg pakaian, beg tangan serta poket anda.
Lebih baik lagi jika anda memiliki ‘money belt’ yang diletak di pinggang untuk menyimpan wang.
Bawa wang tunai hanya digunakan ketika di luar hotel dan bakinya simpan di kotak keselamatan di hotel.


Maklumat diri

Simpan kad ber­tulis nama, nombor telefon bimbit, alamat ataupun nombor lain yang boleh dihubungi jika dalam keadaan darurat.
Jika dompet anda hilang, seseorang yang baik hati senang untuk mengembalikan jika ada maklumat diri disimpan di dalam dompet anda. Tambahkan juga maklumat mengenai jenis darah dan alergi.


Kad nama hotel

Biasanya, hotel menye­diakan kad nama yang bertulis nama hotel, alamat dan nombor telefon. Ambil dan simpan kad itu di dalam dompet anda.
Hal ini penting terutama jika anda mengunjungi negara-negara yang tidak banyak menggunakan huruf latin seperti China, Jepun dan Korea. Anda boleh menunjukkan kad nama itu kepada pemandu teksi jika tidak tahu jalan pulang.


Catatan mata wang

Simpanlah kertas mengenai nilai tukaran mata wang negara yang anda kunjungi. Ini memudahkan anda mengi­ngati nilainya jika dibandingkan dengan nilai tukaran mata wang asal negara.
Hal ini boleh membantu anda berjimat dalam berbelanja. Selain itu, tak selamanya anda cukup masa untuk mengira dengan mesin kira. Tuliskan terus beberapa perbandingan mata wangnya.


Kad nama

Anda tidak pernah akan tahu bertemu dengan siapa di jalan. Siapa tahu, di tengah bercuti anda akan berkenalan de­ngan orang yang berprospek perniagaan dengan anda. Oleh itu, tidak salah me­nyelitkan beberapa kad nama anda, tetapi janganlah terlalu banyak.
Tinggalkan kad yang tidak perlu supaya dompet anda tidak menjadi tebal. Dompet tebal hanya me­ngundang pencuri. Kalau hilang, anda hanya akan lebih rumit menguruskan kehilangan. Keluarkan juga bon atau nota pembayaran yang hanya memenuhi dompet.


Maklumat mengenai insurans kesihatan

Jika anda bercuti di luar negara, biasanya anda memerlukan insurans perjalanan. Justeru, letak kad maklumat berupa nombor syarikat insuran yang boleh dihubungi.
Untuk menyenangkan anda, ada baiknya anda mem­bawa bersama kad insuran anda itu ke mana saja anda pergi.


Plaster luka

Selitkan satu atau dua plaster luka. Palster luka akan berguna saat darurat misalnya kaki melecet kerana banyak jalan dan sebagai­nya.

Kredit Hmetro.com.my   : Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/04


No comments:

Post a Comment