Ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan seharian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga digalakkan mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.
Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesama ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment