Wednesday, 1 May 2013

Faedah melancong

Terlalu banyak destinasi yang menarik untuk dilawati di dalam atau luar negara kita. Namun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang kurang arif mengenai kebaikan yang akan mereka perolehi sekiranya mereka pergi melancong.
Antara faedah melancong ini ialah, kita boleh merapatkan hubungan sesama ahli keluarga. Contohnya, kita boleh mengadakan percutian keluarga di kawasan peranginan seperti di Pulau Redang , Genting Highland dan sebagainya. Kelebihannya, institusi kekeluargaan akan bertambah kukuh.
Selain itu, melalui aktiviti ini juga, kita dapat meningkatkan ilmu Geografi serta ilmu Sejarah kepada orang ramai. Impaknya, kita akan lebih mengetahui kedudukan dan latar masyarakat sesuatu tempat pelancongan.
Bukan itu sahaja, aktiviti melancong juga berupaya merehatkan minda kita dari memikirkan soal pekerjaan semata-mata. Sebagai contoh, kita dapat menenangkan fikiran dengan bersantai di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Akhir kata, aktiviti melancong ini ternyata mendatangkan impak yang positif kepada kehidupan seharian kita.

No comments:

Post a Comment