Tuesday, 8 October 2013

Kebaikan melancong bersama keluarga (2)

Ada banyak kelebihan melancong bersama keluarga. Dengan cara melancong bersama keluarga,  kita dapat meluangkan masa bersama-sama untuk berkongsi kegembiraan, berkongsi pengalaman baru dan sekaligus mengenali dan mempelajari kebudayaan dan cara hidup tentang negeri/negara baru yang dilawati. Dengan demikian, kita boleh mengeratkan lagi perhubungan dengan ahli keluarga dan menenangkan fikiran daripada tekanan melakukan aktiviti seharian.

Melancong bersama keluarga merupakan satu cara kita boleh mengeratkan lagi perhubungan keluarga. Dengan cara ini ahli keluarga itu boleh mengambil kesempatan ini untuk berkumpul bersama keluarga. Cara ini bagus untuk ahli keluarga yang selalu sibuk bekerja dan sibuk dengan aktiviti seharian dan tidak ada masa untuk  bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment