Wednesday, 9 October 2013

KELEBIHAN MELANCUNG BERSAMA KELUARGA (3)

Semua ahli keluarga boleh mendapat pengalaman baru yang sama seperti mencuba sesuatu yang tidak boleh atau tidak pernah  dilakukan di negeri sendiri. Mendapatkan pengalaman yang sama secara bersama-sama bermaksud melakukan sesuatu yang sama secara bersama-sama. Dengan cara ini akan menambah keseronokan dan kegembiran yang dilalui bersama-sama semasa melancong.

Keluarga juga dapat mengenali atau mempelajari tentang negeri/ negara yang dilawati. Jika kita mempelajari tentang negeri lain dengan lebih mendalam, pengetahuan dan wawasan kita juga bertambah. Dengan begitu kita  juga boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain. Kita juga tidak akan ketinggalan jika kawan-kawan atau saudara-mara berbual-bual tentang negeri/ negara itu lebih-lebih lagi keistimewaannya.

No comments:

Post a Comment