Wednesday, 8 May 2013

Faedah Melancung #5

Pada zaman kini, ramai ibu bapayang  sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga  terutamanya dengan anak-anak mereka.Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok,mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.Oleh itu,percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang. Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain.Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan.Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

No comments:

Post a Comment