Jika anda jatuh sakit ketika melancong, tip melancong minggu ini mungkin
dapat membantu. Selamat mencuba.
💊 - Maklumkan keadaan anda kepada pramugari
Jika berasa sejuk ketika dalam penerbangan ke destinasi percutian, jangan
ragu-ragu memberitahu pramugari anda tidak sedap badan. Ini dapat membantu kerana pramugari akan memberikan anda bantal, selimut
atau ubat supaya anda berasa lebih selesa. Secara tidak langsung, anda juga boleh mendapatkan rehat yang cukup.
💊 - Banyak minum air kosong
Apabila kurang sihat, selera makan akan berkurangan dan tekak bagaikan tidak
boleh menelan makanan termasuk air kosong. Namun, usahakan untuk minum segelas air kosong setiap 15 minit. Ia cara
terbaik kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Apabila air kurang dalam badan, kita mudah diserang penyakit terutama
selesema, batuk dan demam.
💊 - Tidur yangcukup
Tidur terapi yang cukup mudah untuk dilakukan dan ketika tidur, otak akan
berehat, sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon negatif. Justeru, apabila sakit, tidur sangat mustahak untuk membantu mengembalikan
kecergasan dan kesihatan. Ini kerana selepas bangun daripada tidur, anda akan
berasa lebih sihat. Jika anda diserang selesema dan berasa tidak tahan dengan gejala dialami,
minum ubat selesema atau demam sebelum tidur. Ubat selesema dan demam yang mengantuk juga memberikan anda tidur yang lena
sekali gus memberikan badan anda rehat yang cukup.
💊 - Rehat yang cukup
Ketika berasa kurang sihat, berehatlah selama beberapa jam. Jangan memaksa
diri kerana percutian akan menjadi sia-sia dalam keadaan itu. Keadaan mungkin akan menjadi teruk kerana kedegilan anda dan anda mungkin
boleh pengsan ketika bersiar-siar atau ketika didalam perjalanan.
💊 - Beritahu pihak hotel
Apabila tidak sihat, banyak kemungkinan boleh berlaku. Oleh itu, beritahu
pihak hotel penginapan bahawa anda tidak sihat. Hal ini sangat penting terutama
apabila anda menginap sendirian.
Dengan pemberitahuan itu, pihak hotel boleh membantu dari pelbagai aspek
terutama membawa anda ke hospital atau klinik jika keadaan anda semakin teruk.
💊 - Persiapkan ubat-ubatan
Ketika melancong, bawalah ubat-ubatan yang sesuai dengan penyakit yang
sering dialami seperti selesema, batuk, demam dan cirit birit. Jika anda sendiri punya penyakit yang sering dialami seperti lelah atau
alahan, jangan lupa membawa ubat terbabit kerana untuk mendapatkan ubat-ubat
itu di negara luar mungkin menimbulkan sedikit masalah. Bawa jugalah ubatan
yang bersesuaian dan sering anda gunakan.
💊 - Dapatkan pemeriksaan doktor
Apabila segala tip kesihatan diamalkan terutama minum air kosong, rehat dan
tidur cukup serta mengambil ubat yang perlu tetapi masih tidak sihat, berjumpa
dengan doktor adalah langkah terbaik.
Dengan mendapatkan pemeriksaan doktor, anda pasti akan diberikan ubat yang
sesuai dan terbaik untuk masalah kesihatan yang dialami. Anda juga boleh mencegah sakit yang dialami berlarutan dengan mendapatkan
pemeriksaan doktor dan dapat meneruskan percutian yang sudah lama dirancang.
💊 - Siapkan baju panas dan bersesuaian
Pastikan anda membawa baju panas atau jaket walaupun bercuti ke tempat yang
tidak terlalu sejuk. Ini antara langkah berjaga-jaga terutama apabila anda
selesema. Ini kerana, badan biasanya menggigil ketika selesema walaupun tempat yang
dikunjungi itu mempunyai suhu yang panas. Dengan adanya baju panas atau yang bersesuaian, anda boleh menggunakannya
sebaiknya dan memberikan anda keselesaan.
💊 - Kepentingan insurans perjalanan
Ada orang menganggapnya tidak penting, justeru insurans perjalanan adalah
perkara yang sering diabaikan ketika bercuti walaupun hakikatnya ia adalah
perlindungan apabila berhadapan dengan perkara yang tidak diingini ketika di
destinasi percutian. Merasa rugi mengambil insurans perjalanan kerana setiap kali bercuti tidak
pernah menggunakannya juga adalah antara faktor yang membuatkan ramai di antara
kita tidak membeli insurans perjalanan.
Namun, apabila sakit semasa di destinasi, ketika itulah segala apa yang
ditawarkan oleh mana-mana syarikat insurans perjalanan sangat diperlukan.
Dengan adanya insurans, segala kos perubatan anda akan ditanggung.
No comments:
Post a Comment