Wednesday, 1 July 2015

AMARAN : Jangan berlagak



Sebelum 'terbang' ada baiknya anda mengetahui beberapa tips yang disediakan supaya perjalanan anda lebih selesa.

SEBELUM KE DESTINASI
-Fahami undang-undang dan larangan di tempat dituju terutama berkaitan alkohol, ubat-ubatan terlarang dan kebudayaan mereka. Walaupun anda seorang pelancong, itu tidak bermakna anda terkecuali daripada sebarang hukuman jika melakukan kesalahan.

-Pastikan semua barang berharga, ubat, dokumen perjalanan dan pasport (jika ke luar negara) di simpan di dalam beg kecil yang selalu di bawa ke mana-mana saja. Hal ini sangat penting kerana beg pakaian atau beg lain adakalanya tertinggal atau hilang. Justeru, bagi mengelak sebarang kemungkinan, semua benda penting perlu selalu bersama anda dan menyimpannya di dalam beg kecil adalah langkah bijak.

-Pastikan anda memberi nombor telefon dan faks hotel tempat menginap, nombor telefon bimbit sepanjang berada di destinasi dan jadual perjalanan leng­kap kepada keluarga.

-Jika ada perubahan dalam jadual yang sudah dirancang, segera maklumkan kepada keluarga. Ini penting bagi memastikan mereka tahu perkembangan anda sepanjang bercuti.

-Sediakan ubat seperti ubat demam, selesema, krim antibiotik dan ubat lain untuk kegunaan anda ketika tidak sihat di destinasi percutian.

SEWAKTU BERCUTI
-Jangan bawa semua wang tunai yang ada dan simpan ia di dalam beg atau poket baju yang anda gunakan. Jika anda perlu menukar wang di luar negara, tukarlah di tempat pengurup wang rasmi seperti di bank.

-Jika daftar masuk hotel, ambil kad nama hotel tempat anda menginap yang lengkap dengan alamat dan nombor telefon. Simpan kad nama itu bersama ke mana saja anda pergi. Jika berlaku kecemasan, ia sedikit sebanyak dapat membantu terutama apabila anda terpisah daripada kumpulan.

-Jangan berlagak. Ketika bercuti bersama kawan, tidak perlulah berlagak dengan memakai pakaian atau barang mahal. Anda pastinya tidak mahu menjadi sasaran pencuri bukan? Jadi, tinggalkan saja semua itu di rumah.

-Apabila membawa kamera digital, iPod, iPad atau pemain MP3 yang canggih, tidak perlulah dipamerkan.

-Jangan berjalan bersendirian dan terpisah daripada kumpulan. Jika mahu ke mana-mana atau keluar sekejap, biarlah berteman dan yang penting maklumkan kepada ketua rombongan.

-Beritahu kepada ketua rombongan makanan dan minuman yang perlu anda hindari. Jika makan di tepi jalan, sebaik-baik­nya anda berhati-hati.

-Jika rakan anda melakukan sesuatu yang boleh me­ngundang bahaya, tegurlah dia dengan cara baik. Ja­ngan pentingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment