Tuesday, 29 October 2013

Promo PADANG/BUKIT TINGGI ( 2 hari sahaja)

PROMO SAH 2 HARI....special PDG BKT TINGGI 4H3M date March 2014 ke atas...RM 350 seorang ground.

Per group 6 orang min.

*** flight kami tolong purchase bagi pihak anda dan pihak kami akan sentiasa maklumkan jika ada promo harga.

Deposit rm100 seorang.

sms CUTI PADANG hantar ke 0132902921 untuk kami keluarkan offer letter hari ini.

Tq
Pengurusan Jomcuti66.blogspot.com

Sunday, 27 October 2013

"Promosi Cuti Sekolah" Melancong ke Jakarta - Bandung

 ( 1 GROUP 6 ORANG)
JOM LAWAT 2 TEMPAT PADA 1 HARGA
19-22.11.2013

All in RM750

DEPOSIT RM 400
PAKEJ TERMASUK
1.Flight tiket
2.Hotel 1 bilik ber 3.
3.Transport sepanjang percutian.
4.Breakfast
5.Tip pemandu

UNTUK TEMPAHAN
sms CUTI BANDUNG hantar ke 0132902921

Friday, 25 October 2013

Gila Shopping di Bandung



Bandung memang terkenal dengan pakaian serta aksesorinya dengan harga yang murah. Tidak lengkap jika ke Bandung tanpa membeli sebarang pakaian untuk diri sendiri ataupun sebagai buah tangan untuk keluarga.
Untuk pakej borong ke Bandung  layari www.jomcuti66.blogspot.com atau
sms CUTI hantar ke 0132902921


Warna Warni Bandung

Klon TEGAR di Bandung

Tempat Penginapan di Bandung ( Victoria Guest House)











Ingin bercuti ke Bandung?
sms CUTI hantar ke 0132902921

Thursday, 24 October 2013

Pakej bercuti ke HO CHI MIN 4H3M


6 PAX ABOVE
RM 550 PER PAX

package include :
1) Hotel Song Anh Ben Thanh / Boss 1 / An Tam (2**)
2) Transport
3) Driver + tour guide
4) Tipping + parking + tol
5) Tour Ticket : Chu Chi Tunnel ,Mekong River & War Muzium
6)Meals

Package not Include :
1) Insurans RM 20 per pax
2)Flight ticket
ITINERARY FULL BOARD HO CHI MIN (4D/3N)

Day 1 : HO CHI MIN
Ø Tiba di Airport HO CHI MIN , peserta akan disambut oleh wakil kami
Ø Check-in hotel
Ø Makan malam disediakan

Day 2 : HCMC – Terowong Chu Chi
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Melawat ke Terowong Chu chi yang terletak 75km dari HCMC
Ø Panjang terowong ini ialah 250km (digunakan waktu zaman perang)
Ø Peserta berpeluang menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu
Ø Kembali ke HCMC untuk makan tengahari dan melawat ke Reunification Hall dan Masjid Saigon
Ø Membeli belah di Ben Thanh Market
Ø Makan malam dan acara bebas

Day 3 : HCMC – MY THO – HCMC
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Melawat ke My Tho City
Ø Menaiki sampan melalui denai-denai di Sungai Mekong
Ø Melawat dusun buah sambil menikmati buah-buahan tropika
Ø Kembali semula ke HO CHI MIN dan melawat Notre Dame Cathedral dan Central Post Office
Ø Makan malam dn acara bebas

Day 4 : HO CHI MIN – KUALA LUMPUR
Ø Sarapan pagi di hotel
Ø Check out hotel
Ø Bersiap-siap untuk berlepas pulang
Ø Penghantaran ke Airport HO CHI MIN

pertanyaan/ tempahan sila sms CUTI ke 0132902921

Bercuti ke Jakarta/bandung

                                    Ketibaan rombongan di sambut mesra oleh wakil di Jakarta


                                                     Pintu hadapan airport Jakarta


                                                       Suasana di dalam bilik hotel


                                                      Shopping di PasarBaru Bandung


                                                   Shopping di PasarBaru Bandung


Ingin bercuti ke Bandung?
sms CUTI hantar ke 0132902921

Wednesday, 23 October 2013

Penutupan Tangkuban Parahu

Untuk makluman,

Salah satu tempat menarik di Bandung Indonesia iaitu Tangkuban Parahu telah ditutup seketika kerana gunung berapi ini mula aktif kembali sejak minggu lepas. Para pengunjung tidak dapat melihatnya secara dekat sehingga pengumuman pembukaan kembali telah dibuat.

Monday, 14 October 2013

Bijak merancang jimatkan kos (6)

Tip merancang percutian:
1. Merancang dan menunggu sebuah percutian adalah separuh daripada kenikmatan. Sebaiknya percutian itu dirancang enam bulan lebih awal.
Jadualkan di dalam kalendar keluarga dan umumkan kepada anak-anak. Ini akan memberikan masa untuk kita mencari penginapan terbaik dengan harga berpatutan sebelum penuh.
Jangan lupa membabitkan anak dalam memilih lokasi dan aktiviti.
2. Buat belanjawan untuk menyimpan sejumlah wang contohnya RM100 hingga RM200 sebulan untuk dimasukkan ke dalam tabung percutian.
Pastikan anak juga tahu akan perkara ini dan jika mereka meminta untuk membeli sesuatu akan mengakibatkan percutian keluarga tertunda sedikit. Membuat tabung percutian juga dapat menjamin keseronokan yang maksimum kerana ibu bapa tidak perlu menanggung hutang kad kredit selepas kembali daripada bercuti nanti.
3. Pada saat pergi bercuti biarkan anak menyediakan dan membawa bagasi masing-masing. Ibu bapa hanya perlu memberitahu jumlah dan jenis pakaian (pakaian bersantai, berjalan-jalan atau tidur) yang perlu dibawa.
4. Buat senarai barangan yang perlu dibawa seminggu sebelum tarikh bertolak. Ini akan memastikan barangan penting tidak tertinggal.
5. Kemaskan rumah sebelum pergi. Ini penting kerana apabila balik nanti, keluarga akan merasa tenang melihat keadaan rumah yang kemas dan tersusun.

Sunday, 13 October 2013

Bijak merancang jimatkan kos (5)

Memilih lokasi percutian juga bergantung kepada usia anak misalnya untuk anak di bawah usia setahun, percutian ke taman bunga atau melawat tempat perkelahan yang selamat dan semula jadi adalah sangat sesuai. Ini kerana mereka dapat melihat langit membiru dan pokok menghijau seperti di Taman Tasik Perdana atau Titiwangsa, namun perlu mempunyai kemudahan asas berdekatan.

Bagi anak berusia dua hingga empat tahun, tempat yang mempunyai kolam air untuk kanak-kanak atau taman permainan yang menarik sesuai untuk mereka manakala pada usia empat hingga enam tahun sudah bijak menilai dan berfikir justeru kawasan yang sesuai seperti pantai, taman tema air, taman tema kanak-kanak atau taman haiwan.

Bagi yang sudah bersekolah, kawasan percutian sesuai ialah taman tema, tempat bersejarah atau percutian berbentuk mencabar. Bagi kanak-kanak berusia di bawah tujuh tahun, sebuah percutian yang mudah dan ringkas, contohnya menginap tiga hari dua malam di pantai peranginan, tanpa program yang terlalu padat sesuai dengan usia mereka.

Bagi anak bersekolah rendah pula percutian adalah masa paling sesuai untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan pembelajaran, sekali gus mendorong mereka menghargai dunia di samping mencipta memori indah yang kekal sepanjang hayat.

Untuk anak bersekolah menengah, amat penting bagi ibu bapa memastikan pendapat mereka diterima dan sesuai dengan minat mereka. Percutian terbaik adalah percutian yang seimbang iaitu terdapat masa bebas untuk mereka melakukan aktiviti kegemaran mereka dan masa indah bersama keluarga.

Saturday, 12 October 2013

Bijak merancang jimatkan kos (4)

"Dalam hal ini, ibu bapa perlu membuat belanjawan mini khas untuk percutian itu terutama untuk makan minum, tiket dan cenderamata. Kemudian anda boleh membelanjakannya tanpa rasa bersalah selagi di dalam lingkungan belanjawan itu".
Bagi ibu bapa yang anak-anaknya sudah bersekolah sebaiknya minta pendapat mereka dalam membuat keputusan. Bincang bersama tempat yang ingin dilawati dan setelah bersetuju, biarkan mereka membuat kajian melalui Internet atau majalah berkenaan tempat menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan.

Di bawah pengawasan ibu bapa, biarkan mereka membuat satu program lawatan yang menarik.Dengan cara ini, ibu bapa akan mendapat kerjasama penuh anak sebelum dan ketika bercuti. Ini juga memberi peluang untuk mereka mengasah bakat kepimpinan dan bertanggungjawab menguruskan sebuah aktiviti keluarga. Di samping itu, ibu bapa boleh menjimatkan wang tanpa perlu mengambil pakej lawatan.

Bagi ibu bapa yang memiliki anak lebih daripada empat orang, semua perancangan bergantung kepada kesediaan mereka untuk berjalan jauh. Jika mereka tidak biasa atau bersedia, ini mungkin akan menimbulkan tekanan bukannya keseronokan. Tetapi jika mereka boleh berkelakuan baik, jarak perjalanan yang jauh tidak menjadi masalah.
"Ibu bapa boleh melatih anak dari kecil dengan mewajibkan mereka memakai tali pinggang keledar supaya mereka akan lebih berdisiplin sepanjang perjalanan," jelasnya.

Bijak merancang jimatkan kos (3)

Daripada aspek pengangkutan,  bandingkan kos pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian. Mana yang lebih murah daripada keseluruhan jumlahnya? Jangan lupa mengira sekali kos petrol dan parkir. Bahagikan jumlahnya dengan jumlah penumpang. Biasanya, untuk sebuah keluarga, pengangkutan sendiri mungkin lebih murah.

Daripada aspek penginapan, cuba dapatkan tawaran murah di laman sesawang yang dipercayai untuk mendapatkan tawaran secara dalam talian.
Di laman sesawang smartparents.com.my, ada satu pautan laman yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus daripada harga biasa.
Pilih apartmen kerana ini adalah cara paling murah untuk keluarga besar kerana biasanya boleh memuatkan lebih ramai penghuni dan lebih murah harganya. Kemudahan disediakan juga sama dengan hotel. Port Dickson misalnya banyak menyediakan kemudahan berbentuk apartmen. Alternatif lain ialah dengan mencari rumah atau banglo penginapan untuk disewa. Biasanya kos keseluruhan akan jauh lebih murah berbanding hotel.  Alternatif yang paling murah ialah berkhemah di tempat yang menarik. Cuma perlu ada satu khemah dan beg tidur untuk setiap orang.

Daripada sudut makanan dan minuman, jika menginap di hotel, tidak perlu makan di sana kerana kosnya agak tinggi. Sebaliknya, boleh memandu sedikit dan mencari kedai makan yang agak bersih dan selesa. Jika menginap beramai-ramai, contohnya di banglo Cameron Highlands, anda boleh menempah makanan secara katering daripada warung berdekatan.
Rundingkan harga terbaik kerana anda akan menempah makanan dan minuman dari kedai itu sepanjang percutian. "Daripada pengalaman saya, kosnya hanyalah RM10 sehari setiap orang untuk makan pagi, tengah hari dan malam yang ringkas tapi memuaskan.
"Jika anda tinggal di servis apartmen, ia lebih menjimatkan kerana anda boleh menggunakan dapurnya untuk memasak sendiri. Misalnya ketika sarapan, anda boleh menyediakan roti, telur atau bijirin.

Bijak merancang jimatkan kos (2)

"Bagi ibu bapa yang kurang mampu, bersiar-siar di taman sudah cukup mengeratkan kemesraan bersama keluarga malah boleh dilakukan selalu kerana tidak memerlukan kos yang tinggi".

Terdapat tiga perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam merancang percutian terutama bagi keluarga berpendapatan rendah iaitu kos pengangkutan, penginapan, makan dan minum.

Peruntukan bajet antara RM500 hingga RM1,000 tidak sekali-kali menjadi halangan jika ibu bapa bijak menanganinya dan memfokuskan minda untuk mencari jalan penyelesaian.

Friday, 11 October 2013

Bijak merancang jimatkan kos (1)

PERCUTIAN indah keluarga bukan bermakna membawa anak menginap di hotel mewah atau melancong melangkaui sempadan kawasan kediaman, tetapi sebanyak mana masa mampu diluangkan ibu bapa untuk mereka.

Bagi mereka yang berpendapatan rendah, cukup sekadar membawa anak berjalan di bandar, pantai atau pusat perkelahan berdekatan sambil luangkan masa berbual, bergurau senda dan bermain-main dengan mereka.


Menurut pembimbing ibu bapa bertauliah, Zaid Mohamad, ramai ibu bapa berpendapat bercuti perlu ke luar daerah atau menginap di hotel, tetapi sebenarnya tidak.

"Membawa anak bersiar-siar di bandar atau taman sudah cukup menggembirakan mereka. Apa yang penting kualiti masa yang dapat diluangkan ibu bapa bagi melayan anak-anak.

Thursday, 10 October 2013

KELEBIHAN MELANCUNG BERSAMA KELUARGA (4)


Selain itu, kita boleh merasakan suasana dan permandangan di negeri lain. Kita juga mendapat merasakan makanan tradisional mereka atau makanan yang digemari ramai. Bukan itu sahaja kita juga boleh melihat bagaimana adat dan kehidupan mereka yang mungkin sama atau berlainan dengan dengan cara kehidupan kita. Denga mengenali kehidupan bangsa lain kita akan dapat memahami mereka walaupun kita berbeza.

Akhir sekali, kebaikan melancong bersama keluarga, kita dapat menghilangkan tekanan dan menenangkan minda kita. Selain itu kita dapat merasakan kegembiraan bersama-sama keluarga dan mempererat tali silahturahim di antara ahli keluarga.  Dengan demikian terwujud keluarga yang harmoni dan bahagia.

Wednesday, 9 October 2013

KELEBIHAN MELANCUNG BERSAMA KELUARGA (3)

Semua ahli keluarga boleh mendapat pengalaman baru yang sama seperti mencuba sesuatu yang tidak boleh atau tidak pernah  dilakukan di negeri sendiri. Mendapatkan pengalaman yang sama secara bersama-sama bermaksud melakukan sesuatu yang sama secara bersama-sama. Dengan cara ini akan menambah keseronokan dan kegembiran yang dilalui bersama-sama semasa melancong.

Keluarga juga dapat mengenali atau mempelajari tentang negeri/ negara yang dilawati. Jika kita mempelajari tentang negeri lain dengan lebih mendalam, pengetahuan dan wawasan kita juga bertambah. Dengan begitu kita  juga boleh berkongsi pengalaman dengan orang lain. Kita juga tidak akan ketinggalan jika kawan-kawan atau saudara-mara berbual-bual tentang negeri/ negara itu lebih-lebih lagi keistimewaannya.

Tuesday, 8 October 2013

Kebaikan melancong bersama keluarga (2)

Ada banyak kelebihan melancong bersama keluarga. Dengan cara melancong bersama keluarga,  kita dapat meluangkan masa bersama-sama untuk berkongsi kegembiraan, berkongsi pengalaman baru dan sekaligus mengenali dan mempelajari kebudayaan dan cara hidup tentang negeri/negara baru yang dilawati. Dengan demikian, kita boleh mengeratkan lagi perhubungan dengan ahli keluarga dan menenangkan fikiran daripada tekanan melakukan aktiviti seharian.

Melancong bersama keluarga merupakan satu cara kita boleh mengeratkan lagi perhubungan keluarga. Dengan cara ini ahli keluarga itu boleh mengambil kesempatan ini untuk berkumpul bersama keluarga. Cara ini bagus untuk ahli keluarga yang selalu sibuk bekerja dan sibuk dengan aktiviti seharian dan tidak ada masa untuk  bersama keluarga.

Monday, 7 October 2013

KELEBIHAN MELANCUNG BERSAMA KELUARGA (1)

Ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan seharian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah.Ibu bapa juga digalakkan mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak,berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman,gembira dan selesa sesama ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.