Friday 11 October 2013

Bijak merancang jimatkan kos (1)

PERCUTIAN indah keluarga bukan bermakna membawa anak menginap di hotel mewah atau melancong melangkaui sempadan kawasan kediaman, tetapi sebanyak mana masa mampu diluangkan ibu bapa untuk mereka.

Bagi mereka yang berpendapatan rendah, cukup sekadar membawa anak berjalan di bandar, pantai atau pusat perkelahan berdekatan sambil luangkan masa berbual, bergurau senda dan bermain-main dengan mereka.


Menurut pembimbing ibu bapa bertauliah, Zaid Mohamad, ramai ibu bapa berpendapat bercuti perlu ke luar daerah atau menginap di hotel, tetapi sebenarnya tidak.

"Membawa anak bersiar-siar di bandar atau taman sudah cukup menggembirakan mereka. Apa yang penting kualiti masa yang dapat diluangkan ibu bapa bagi melayan anak-anak.

No comments:

Post a Comment