Saturday 12 October 2013

Bijak merancang jimatkan kos (3)

Daripada aspek pengangkutan,  bandingkan kos pengangkutan awam dengan pengangkutan persendirian. Mana yang lebih murah daripada keseluruhan jumlahnya? Jangan lupa mengira sekali kos petrol dan parkir. Bahagikan jumlahnya dengan jumlah penumpang. Biasanya, untuk sebuah keluarga, pengangkutan sendiri mungkin lebih murah.

Daripada aspek penginapan, cuba dapatkan tawaran murah di laman sesawang yang dipercayai untuk mendapatkan tawaran secara dalam talian.
Di laman sesawang smartparents.com.my, ada satu pautan laman yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus daripada harga biasa.
Pilih apartmen kerana ini adalah cara paling murah untuk keluarga besar kerana biasanya boleh memuatkan lebih ramai penghuni dan lebih murah harganya. Kemudahan disediakan juga sama dengan hotel. Port Dickson misalnya banyak menyediakan kemudahan berbentuk apartmen. Alternatif lain ialah dengan mencari rumah atau banglo penginapan untuk disewa. Biasanya kos keseluruhan akan jauh lebih murah berbanding hotel.  Alternatif yang paling murah ialah berkhemah di tempat yang menarik. Cuma perlu ada satu khemah dan beg tidur untuk setiap orang.

Daripada sudut makanan dan minuman, jika menginap di hotel, tidak perlu makan di sana kerana kosnya agak tinggi. Sebaliknya, boleh memandu sedikit dan mencari kedai makan yang agak bersih dan selesa. Jika menginap beramai-ramai, contohnya di banglo Cameron Highlands, anda boleh menempah makanan secara katering daripada warung berdekatan.
Rundingkan harga terbaik kerana anda akan menempah makanan dan minuman dari kedai itu sepanjang percutian. "Daripada pengalaman saya, kosnya hanyalah RM10 sehari setiap orang untuk makan pagi, tengah hari dan malam yang ringkas tapi memuaskan.
"Jika anda tinggal di servis apartmen, ia lebih menjimatkan kerana anda boleh menggunakan dapurnya untuk memasak sendiri. Misalnya ketika sarapan, anda boleh menyediakan roti, telur atau bijirin.

No comments:

Post a Comment