Saturday, 12 October 2013

Bijak merancang jimatkan kos (4)

"Dalam hal ini, ibu bapa perlu membuat belanjawan mini khas untuk percutian itu terutama untuk makan minum, tiket dan cenderamata. Kemudian anda boleh membelanjakannya tanpa rasa bersalah selagi di dalam lingkungan belanjawan itu".
Bagi ibu bapa yang anak-anaknya sudah bersekolah sebaiknya minta pendapat mereka dalam membuat keputusan. Bincang bersama tempat yang ingin dilawati dan setelah bersetuju, biarkan mereka membuat kajian melalui Internet atau majalah berkenaan tempat menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan.

Di bawah pengawasan ibu bapa, biarkan mereka membuat satu program lawatan yang menarik.Dengan cara ini, ibu bapa akan mendapat kerjasama penuh anak sebelum dan ketika bercuti. Ini juga memberi peluang untuk mereka mengasah bakat kepimpinan dan bertanggungjawab menguruskan sebuah aktiviti keluarga. Di samping itu, ibu bapa boleh menjimatkan wang tanpa perlu mengambil pakej lawatan.

Bagi ibu bapa yang memiliki anak lebih daripada empat orang, semua perancangan bergantung kepada kesediaan mereka untuk berjalan jauh. Jika mereka tidak biasa atau bersedia, ini mungkin akan menimbulkan tekanan bukannya keseronokan. Tetapi jika mereka boleh berkelakuan baik, jarak perjalanan yang jauh tidak menjadi masalah.
"Ibu bapa boleh melatih anak dari kecil dengan mewajibkan mereka memakai tali pinggang keledar supaya mereka akan lebih berdisiplin sepanjang perjalanan," jelasnya.

No comments:

Post a Comment