Saturday, 11 July 2015

Persedian Untuk Melancong Ke Luar Negara




Berikut ialah tips ringkas sebelum melancong ke luar negara

Setahun ke Enam Bulan sebelum ke luar negara
  • Dapatkan maklumat bila waktu lapang kita
  • Cari tiket murah secara online
  • Kumpul duit secara berperingkat
Tiga ke Enam Bulan
  • Semak tarikh mati passport (sepatutnya waktu luput lebih enam bulan berbanding tarikh kita balik)
  • Buat passport jika sudah mati
  • Dapatkan senarai tempat-tempat yang harus dilawati
  • Mohon cuti

Sebulan hingga tiga bulan
  • Rancang pekerjaan supaya tidak terganggu
  • Semak tukaran wang asing. Tukar bila waktu duit Malaysia kukuh
  • Beli barang keperluan secara berperingkat seperti ubat tahan mabuk, panadol, losen matahari, beg, pakaian renang dan sebagainya.
  • Semak cuti dah lulus ke belum
  • Letakkan dalam kalendar syarikat
  • Simpan nombor telefon kecemasan dalam telefon bumbit dan buku kecil. Nombor termasuk nombor kedutaan, nombor syarikat insurans, polis luar negara, wisma putra dan sebagainya
  • Maklumkan syarikat kad kredit atau kad debit anda waktu anda di luar negara
  • Jika rumah anda tiada sistem penggera, silalah pasang
Seminggu sebelum tarikh
  • Banyak minum air
  • Jika perjalanan jauh merentas beberapa zon masa, adjustkan mengikut waktu negara yang dituju
  • Bayar lebih sedikit handphone suapaya tak diblock di luar negara
  • Kosongkan kad sim kamera


Passport –  Kena cek bila expiry date dia. Passport is valid until 6 months before the expiry date.

Ticket – Tak kisah la book online ke offline, kena bawak masa nak check in. Kalau beli online jangan lupa print. Masa beli tiket tu, beli la sekali travel insurance dia. In case jadi apa-apa, ada la jugak back up.

Baggage – Kena tau luggage limit, kalau MAS 20kg, kalau Air Asia ikut berapa banyak kita bayar.

Currency Exchange –  Semak  currency rate awal2. Kena selalu monitor bila rate rendah cepat2 beli. Harus peka dan alert demi keuntungan poket sendiri.

Itinerary – Prepare awal2, agak2 masa & aktiviti semua da cantekkk, tulis elok2 dalam notebook ke, tablet ke, buku ke kertas ke, simpan dalam beg. Usung la kehulu-kehilir pon takpe, janji perjalanan smooth je.

Clothing –. Semak dahulu cuaca dan suhu tempat kita nak pergi tu.

Accommodation – Nanti nak tinggal kat mana? Dah confirm belum? Dah print apa2 confirmation letter? Da save nombor yang penting?

Transport – Kena siapkan rancangan dari airport nak pergi hotel naik apa, dari hotel nak gi jalan2 naik apa, kat mana metro or train station yang dekat. Peta memang wajib ada lah.  Sekarang kan senang je nak download and save maps dalam smartphone or tablet.

Wallet –Try mudahkan diri sendiri. Guna yang ada 2 compartment pun cukup. Letak duit yang dah diconvert tu. Duit RM beberapa keping dan IC dan gambar simpan dalam bekas lain elok2. Simpan dalam beg yang selamat,

Handphone –Simpan nombor telefon kedutaan  dan nombor-nombor lain yang boleh guna bila ada emergency. Battery handphone mesti fully charged.  Bawak charger, jangan lupa.

Language – Nak pergi France, at least tau la sebut Bonjour, Bonsoir, Merci, Au Revoir etc. Nak pergi Korea kena la tau jugak Annyeonghaseyo, kamsahamnida etc. Perkataan yang basic je untuk penggunaan seharian. Takdelah blur bila orang lain sebut kat kita. Bukan tau eja je,sebutan tu kena tau sekali.

Food & Beverages – Ikut selera perut, ikut kemampuan, ikut kerajinan mencari tempat. Sebagai muslim, mesti kena tau cari makanan yang halal. Tapi kalau tak nak guna sangat duit untuk cari makan kat tempat tu, bawak je banyak2 bekal seperti maggi dan makanan dlm tin.

Medicine – Panadol, Balm, Salonpas, plaster, ubat lelah sila  bawa la juga untuk kegunaan di saat2 kecemasan. Salonpas tu sedap tampal time2 lenguh, walaupun tak menyembuhkan tapi dapat melegakan. Vitamin C, Kalsium magnesium ke apa2 supplement bawak lah jugak. Tapi kalau bole minimumkan bekas,guna yang kecikuntuk memudahkan perjalanan kita.

Penjagaan diri – Kalau pergi tempat sejuk, moisturizer & lip balm sangat penting, tempat panas pulak sunblock tu keperluan utama. Cleanser, berus gigi, sabun & segala toiletries tu terpulang kepada anda. Wet tissue untuk kat toilet yang takde paip, kalau ada botol kosong lagi senang, masuk toilet isi air penuh2 lepastu guna. Tapi wet tissue dan tisu muka tetap kena ada simpan dalam beg.

Solat & Ibadat - Walau kemana pun kita pergi, solat jangan tinggal. Untuk perempuan, bawak lah telekung yg boleh gumpal2 yang muat isi dlm beg kecik tu,senang angkut mana2. Sejadah bawak yang nipis pon cukup,senang simpan & ringan. Sarung bantal pon boleh asalkan bersih. Kompas kiblat kena ada, yang kotak kecik kaler hijau tu RM10 je, banyak jual kat mane2.

Lain2 yang penting – Travel adapter, kalau boleh beli all in one, pastu simpan elok2 jangan kasi sepah2 sebab memang keperluan, jam tangan, camera, sunglasses, cap/hat, stokin, payung, raincoat, beg kecik boleh lipat2 sebagai spare,

https://www.facebook.com/promosijombercuti?ref=hl


Friday, 10 July 2015

Persediaan Melancong Dalam Negara




  • Cuba senaraikan tempat-tempat menarik yang ingin dikunjungi ( dari segi pemandangan,sejarah, budaya atau lain2).Tips...cuba senaraikan hanya 4 atau 5(dan pilih satu...kalau nak pilih semua pun boleh,tapi budjet akan terlebih.. 

  • Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Buat sedikit kertas kerja mengenai program anda. di mana destinasi tujuan anda. Tempah dulu tempat penginapan samada ingin menginap di hotel atau homestay, tiket perjalanan pergi balik sekiranya menggunakan pengangkutan awam, destinasi yang ingin dituju. 
  •  
  •  Sediakan wang secukupnya. Kalau boleh lebihkan sedikit belanjawan anda. Jangan melancong tanpa wang secukupnya kerana ia akan menyusahkan diri sendiri sekiranya berlaku perkara-perkara tidak diingini.  
  •  
  • Sediakan pakaian dan keperluan secukupnya. Ini akan memudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran. Sekiranya anda menginap di homestay yang terdapat mesin basuh, mungkin anda tak perlu bawa banyak pakaian. Kalau anda menginap di homestay yang menyediakan peralatan memasak mungkin anda perlu bawa beras dan sebagainya. Siapkan segala pakaian dan keperluan secukupnya. 
  •  
  •  Peta adalah sangat penting terutamanya jika tempat tersebut belum pernah anda lawati. Jangan melancong tanpa peta. Jika anda mempunyai GPS, pastikan anda update dahulu. Peta akan membantu anda dalam banyak perkara. Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta, nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain. 
  •  
  • Kenderaan. Sekiranya memandu kenderaan sendiri, pastikan kenderaan yang dipandu  dalam keadaan baik dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin, tayar brake dan lain-lain... 
  •  
  • Pengetahuan bahasa juga penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara, belajarlah asas bahasa dan dialek tempatan. banyak kelebihan sekiranya anda tahu bahasa atau dialek tempatan.
·         Lain2 yang penting – Travel adapter, kalau boleh beli all in one, pastu simpan elok2 jangan kasi sepah2 sebab memang keperluan, jam tangan, camera, sunglasses, cap/hat, stokin, payung, raincoat, beg kecik boleh lipat2 sebagai spare,

https://www.facebook.com/promosijombercuti?ref=hl

Thursday, 9 July 2015

Tips : Kesilapan perlu dielakkan ketika melancong




==>> Tips melancong minggu ini menyenaraikan beberapa kesalahan perlu dielakkan saat bercuti di luar negara supaya percutian anda berjalan lancar.

😏 Beg lebih muatan
Keterujaan bercuti di luar negara ada kalanya membuatkan kita hampir membawa semua pakaian yang ada di dalam almari baju, terutama jika ia adalah percutian kali pertama di luar negara. Untuk tidak menyusahkan anda, jangan sesekali membawa beg dengan muatan lebih. Ini kerana, jika berada di luar negara, anda pastinya akan membeli pakaian baru di sana. Jika beg terlebih muatan, anda juga akan berhadapan dengan kos kompaun yang akan dikenakan. Justeru, bawalah pakaian yang mudah dicuci serta pakaian yang boleh dipakai berulang kali seperti jaket dan seluar jean.

😏 Tidak ada senarai semak
Ia mungkin kedengaran leceh tetapi hakikatnya, dengan menyediakan senarai semak, percutian anda akan menjadi lebih mudah. Tidak perlu menyenaraikan semuanya. Cukuplah sekadar satu senarai pendek yang memudahkan anda untuk melihat apa yang perlu dibawa, ke mana anda mahu pergi dan aktiviti apa boleh dilakukan sepanjang percutian anda itu. Senarai semak ini juga dapat membantu anda mengingati sesuatu perkara penting dan tempat yang harus dituju memandangkan anda tidak biasa dengan tempat dikunjungi. Percutian anda juga pasti akan lebih mudah dengan adanya senarai semak ini.

😏 Tidak membawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, membawa ubat asas adalah sangat perlu. Bukannya apa, jika sakit tidak serius ketika bercuti, anda boleh merawat diri sendiri. Bukankah membazir jika anda jatuh sakit ketika bercuti dan terpaksa mendapatkan rawatan di klinik di destinasi yang di kunjungi? Jadi, untuk waktu kecemasan dan menjimatkan perbelanjaan anda di luar negara, bawalah ubat yang dirasakan sesuai. Anda mungkin boleh membawa paracetamol, ubat selesema, ubat batuk, minyak angin, ubat sakit perut, antiseptik, minyak urut, plaster, pembalut dan ubat lain yang dirasakan sesuai.

😏 Tidak menukar duit lebih awal
Menukar duit pada saat akhir atau menukar duit apabila sampai di destinasi adalah perkara yang harus dielakkan. Di sini, kita sudah tahu tempat yang bagus dan memberikan tukaran mata wang yang terbaik. Tetapi jika menukarnya di luar negara, anda boleh saja ditipu atau mungkin sukar untuk mencari pengurup wang. Ia pasti menyusahkan bukan. Jadi, pastikan anda menukar wang dulu sebelum ke luar negara. Tidak mengapa jika membawa wang lebih daripada yang diperlukan. Kalau ada lebihan, boleh disimpan atau ditukar balik.

😏 Tak ada ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah orang yang boleh diharapkan untuk menyimpan semua dokumen penting seperti pasport, tiket, baucar hotel dan apa saja yang penting terutama bercuti lebih daripada seorang. Biasanya, mereka yang layak jadi ketua ini adalah seorang yang lebih terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling. Bercuti dengan ‘ketua’ ini juga membuatkan anda lebih yakin dan selamat, terutama jika anda pertama kali keluar negara atau yang tidak yakin diri.

😏 Tidak membawa makanan ringan
Ia mungkin sesuatu yang melecehkan, namun sangat membantu terutama jika anda bercuti di negara yang sukar untuk mendapatkan makanan halal. Bawalah sekurang-kurangnya biskut, buah dan makanan ringan yang anda sukai. Mahu yang lebih menyelerakan, anda juga boleh membawa ikan bilis, mi segera dan banyak lagi yang dapat mengelakkan anda daripada kelaparan saat melancong.
Anda juga boleh menjimatkan duit untuk makanan dan dapat membeli lebih buah tangan untuk diri sendiri ataupun keluarga di tanah air.

https://www.facebook.com/promosijombercuti?ref=hl

Wednesday, 8 July 2015

Realisasikan impian bercuti




Tips melancong minggu ini menyenaraikan beberapa sebab impian melancong anda gagal dan bagaimana ia boleh dielak jika sememangnya anda menghadapi masalah yang disenaraikan.

1. Masa
Rutin bekerja atau kuliah yang harus anda lalui saat ini sememangnya memerlukan anda meluangkan banyak masa. Baki masa yang sedikit biasanya menjadi punca ada berhenti mengejar impian bercuti. Jujurnya, hal ini boleh anda anggap sebagai tembok yang menghalang langkah untuk merealisasikan impian anda.
       Padahal, dengan perancangan masa yang baik, melaksanakan rutin harian anda sambil mempersiapkan diri mengejar impian adalah hal yang tidak mustahil. Jika melancong impian yang ingin anda realisasikan, gunakan masa yang ada dengan bijak contohnya memanfaatkan masa cuti dengan bijak. Sediakan juga masa yang tepat untuk mempersiapkan diri. Apabila sudah tahu masa yang tepat, jangan tunda lagi. Teruskan impian pergi bercuti di destinasi yang sudah lama diimpikan.

2. Modal
Dalam apa juga hal, merealisasikan angan-angan sememangnya memerlukan modal. Kalau anda punya keinginan untuk melancong secara solo, tentunya anda memerlukan modal yang banyak.
Ini kerana, segala kos perbelanjaan sepanjang percutian solo adalah atas tanggungan anda seorang diri. Berbanding dengan bercuti bersama rakan yang membolehkan anda berkongsi membayar banyak benda bersama.
        Dalam soal modal, pastikan modal anda mencukupi untuk merealisasikan impian anda ke destinasi percutian. Selain modal kewangan, modal utama tentu saja tekad. Modal tekad ini bagaikan pemangkin yang dapat membantu anda menemukan jalan lurus untuk mengecapi impian anda. Jika fikiran anda masih tidak tenang kerana impian belum terlaksana, cuba renungkan lagi. Jangan-jangan memang selama ini anda belum punya tekad yang kuat untuk melancong.

3. Tindakan serta-merta
Membiarkan pelbagai perancangan hanya menjadi sia-sia kerana tidak ada tindakan lanjut diambil untuk mewujudkannya adalah suatu kesalahan yang sangat sukar untuk ditebus kembali. Mana tidaknya, perancangan yang dilakukan adalah sempurna dan hanya tinggal dilaksanakan saja. Namun, dek tidak ada tindakan serta-merta, semuanya hanya sia-sia. Oleh itu, seimbangkan impian dan tindakan. Satu lagi, wujudkan sekarang!

4. Tidak berkongsi impian
Menceritakan impian kepada orang terdekat adalah langkah awal yang baik untuk menjadikannya nyata. Teman atau keluarga adalah orang yang berpotensi menyokong anda merealisasikan impian itu. Dengan menceritakan impian, rakan dan keluarga juga akan berkongsi cerita dan kata-kata semangat yang mampu memberikan anda inspirasi dalam merealisasikan impian anda.


https://www.facebook.com/promosijombercuti?ref=hl

Monday, 6 July 2015

✔✔✔ Bawa alat tulis ketika bercuti ✔✔✔




Anda tidak perlu menulis seperti penulis handalan, cukup sekadar menulis apa yang dirasai dan semua kandungannya berkisar pengalaman dialami.

Bagi memudahkan anda, Tip Melancong minggu ini menyenaraikan beberapa panduan untuk mengabadikan kenangan bercuti dengan penulisan.

Hayati keindahan alam dan keunikan sekitar
Cuba lihat kiri dan kanan anda ketika menjelajah kawasan baru. Mungkin anda akan menemui perkara unik yang tidak biasa anda lihat. Ketika memandang objek yang jarang ditemui, hayati dengan teliti. Bayangkan bagaimana anda ingin menceritakan kepada orang lain mengenai penemuan itu.

Buat catatan ringkas
Mengunjungi banyak tempat saat bercuti sememangnya memungkinkan anda untuk lupa dengan apa yang dilihat dan rasakan. Boleh saja anda mengambil keputusan untuk tidak perlu langsung mencatatnya segala pengalaman yang ada dan hanya mengingatinya. Namun, untuk mengabadikan kenangan dengan penulisan, sekali gus membuatkan penulisan anda itu lebih bermaklumat dan menyeronokkan, jangan pernah meninggalkan alat tulis anda ke mana saja anda pergi. Alat tulis dimaksudkan bukanlah perlu lengkap dengan segala-galanya tetapi hanya sekadar sebatang pen dan buku nota untuk mencatat apa-apa yang menarik sepanjang perjalanan anda. Tulis seringkasnya dan kembangkan catatan itu dengan pengalaman anda saat mengunjungi lokasi menarik.

Jangan lupa rakam
Apabila anda sudah menulis semua maklumat, bermakna satu lagi langkah berharga di tangan. Kamera profesional mahupun kamera kompak, perakam video serta kamera telefon bimbit juga boleh beraksi merakam memori indah anda. Foto mahupun video itu akan jadi kenangan berharga saat anda kembali melihatnya selepas sekian lama. Tidak mustahil anda akan merancang untuk mengunjungi destinasi percutian yang memberikan anda pelbagai kenangan indah selepas melihat kembali gambar serta video dirakam dahulu.

Tulis dalam bentuk penulisan menarik
Rugi rasanya jika pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan hanya tersimpan di dalam komputer mahupun catatan semata-mata. Justeru, apa kata anda berkongsi segala pengalaman saat bercuti kepada orang ramai. Selain berkongsi pengalaman, anda juga secara tidak langsung dapat mempromosikan keindahan alam dan budaya sesebuah daerah dikunjungi.

https://www.facebook.com/promosijombercuti?ref=hl