Friday, 3 July 2015

Tips Bercuti : Berhati-hati ketika memilih hotel sendiri



Tips kali ini menyenaraikan beberapa perkara yang perlu anda perhatikan ketika membuat tempahan bilik hotel secara talian.

* Ulasan tetamu
Status perjalanan membantu kita untuk mendapatkan ulasan daripada tetamu yang pernah menginap di sesebuah hotel. Jadi, untuk tidak kecewa dengan pilihan hotel yang dibuat, perhatikan berapa banyak ulasan negatif yang tertera. Namun, jangan hanya bergantung kepada satu ulasan sahaja. Cuba cari ulasan lain dan bandingkan sebijaknya.

* Status online rasmi
Jika status online rasmi hotel nampak terurus dengan gambar yang diletakkan dalam resolusi kecil, anda perlu curigai kredibiliti hotel itu. Ini kerana, tidak kira hostel atau hotel berbintang rendah, mereka memiliki laman web rasmi sendiri. Jika tidak pun, mereka pasti memiliki media sosial seperti Facebook untuk mempromosikan hotel berkenaan. Oleh itu, cuba lakukan pencarian di dunia maya untuk mendapatkan gambar terbaru hotel yang bakal diinapi.

* Gambar hotel
Dengan pelbagai perisian yang canggih, sesiapa saja boleh menyunting gambar, sekali gus membuatkan gambar yang tidak cantik menjadi sungguh cantik. Untuk tidak kecewa dengan gambar yang dilihat di laman web, teliti betul-betul setiap gambar yang dimuat naik di laman web hotel.

* Lokasi
Teliti adakah lokasi hotel itu sesuai dengan apa yang diterangkan dalam status online rasmi hotel.
Cara mengetahuinya adalah dengan menggunakan peta yang tersedia di Google Map. Cari lokasi hotel yang sebenarnya. Dengan kecanggihan peta iaitu Google Map Street View, anda boleh melihat dengan jelas lokasi dan gambaran hotel yang mahu ditempah itu. Anda juga boleh menelefon pejabat pelancongan tempatan untuk bertanya lokasi hotel yang dipilih. Jika tidak sesuai seperti apa yang digambarkan, hotel itu memang tidak boleh dipercayai.

* Telefon
Walaupun menggunakan talian lebih mudah, cuba telefon ke penginapan yang dinginkan itu.
Apakah memang ada orang yang akan menjawab panggilan anda dan dengan ramah memberi maklumat yang anda perlukan atau sebaliknya. Hal ini berguna sebagai gambaran awal layanan yang akan diterima ketika menginap nanti.

No comments:

Post a Comment