Wednesday, 8 July 2015
Realisasikan impian bercuti
Tips melancong minggu ini menyenaraikan beberapa sebab impian melancong anda gagal dan bagaimana ia boleh dielak jika sememangnya anda menghadapi masalah yang disenaraikan.
1. Masa
Rutin bekerja atau kuliah yang harus anda lalui saat ini sememangnya memerlukan anda meluangkan banyak masa. Baki masa yang sedikit biasanya menjadi punca ada berhenti mengejar impian bercuti. Jujurnya, hal ini boleh anda anggap sebagai tembok yang menghalang langkah untuk merealisasikan impian anda.
Padahal, dengan perancangan masa yang baik, melaksanakan rutin harian anda sambil mempersiapkan diri mengejar impian adalah hal yang tidak mustahil. Jika melancong impian yang ingin anda realisasikan, gunakan masa yang ada dengan bijak contohnya memanfaatkan masa cuti dengan bijak. Sediakan juga masa yang tepat untuk mempersiapkan diri. Apabila sudah tahu masa yang tepat, jangan tunda lagi. Teruskan impian pergi bercuti di destinasi yang sudah lama diimpikan.
2. Modal
Dalam apa juga hal, merealisasikan angan-angan sememangnya memerlukan modal. Kalau anda punya keinginan untuk melancong secara solo, tentunya anda memerlukan modal yang banyak.
Ini kerana, segala kos perbelanjaan sepanjang percutian solo adalah atas tanggungan anda seorang diri. Berbanding dengan bercuti bersama rakan yang membolehkan anda berkongsi membayar banyak benda bersama.
Dalam soal modal, pastikan modal anda mencukupi untuk merealisasikan impian anda ke destinasi percutian. Selain modal kewangan, modal utama tentu saja tekad. Modal tekad ini bagaikan pemangkin yang dapat membantu anda menemukan jalan lurus untuk mengecapi impian anda. Jika fikiran anda masih tidak tenang kerana impian belum terlaksana, cuba renungkan lagi. Jangan-jangan memang selama ini anda belum punya tekad yang kuat untuk melancong.
3. Tindakan serta-merta
Membiarkan pelbagai perancangan hanya menjadi sia-sia kerana tidak ada tindakan lanjut diambil untuk mewujudkannya adalah suatu kesalahan yang sangat sukar untuk ditebus kembali. Mana tidaknya, perancangan yang dilakukan adalah sempurna dan hanya tinggal dilaksanakan saja. Namun, dek tidak ada tindakan serta-merta, semuanya hanya sia-sia. Oleh itu, seimbangkan impian dan tindakan. Satu lagi, wujudkan sekarang!
4. Tidak berkongsi impian
Menceritakan impian kepada orang terdekat adalah langkah awal yang baik untuk menjadikannya nyata. Teman atau keluarga adalah orang yang berpotensi menyokong anda merealisasikan impian itu. Dengan menceritakan impian, rakan dan keluarga juga akan berkongsi cerita dan kata-kata semangat yang mampu memberikan anda inspirasi dalam merealisasikan impian anda.
https://www.facebook.com/promosijombercuti?ref=hl
Labels:
tips melancong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment