Berikut ialah tips ringkas sebelum melancong ke luar negara
Setahun ke Enam Bulan sebelum ke luar negara
- Dapatkan maklumat bila waktu lapang kita
- Cari tiket murah secara online
- Kumpul duit secara berperingkat
- Semak tarikh mati passport (sepatutnya waktu luput lebih enam bulan berbanding tarikh kita balik)
- Buat passport jika sudah mati
- Dapatkan senarai tempat-tempat yang harus dilawati
- Mohon cuti
Sebulan hingga tiga bulan
- Rancang pekerjaan supaya tidak terganggu
- Semak tukaran wang asing. Tukar bila waktu duit Malaysia kukuh
- Beli barang keperluan secara berperingkat seperti ubat tahan mabuk, panadol, losen matahari, beg, pakaian renang dan sebagainya.
- Semak cuti dah lulus ke belum
- Letakkan dalam kalendar syarikat
- Simpan nombor telefon kecemasan dalam telefon bumbit dan buku kecil. Nombor termasuk nombor kedutaan, nombor syarikat insurans, polis luar negara, wisma putra dan sebagainya
- Maklumkan syarikat kad kredit atau kad debit anda waktu anda di luar negara
- Jika rumah anda tiada sistem penggera, silalah pasang
- Banyak minum air
- Jika perjalanan jauh merentas beberapa zon masa, adjustkan mengikut waktu negara yang dituju
- Bayar lebih sedikit handphone suapaya tak diblock di luar negara
- Kosongkan kad sim kamera
Passport – Kena cek bila expiry date dia. Passport is valid until 6 months before the expiry date.
Ticket – Tak kisah la book online ke offline, kena bawak masa nak check in. Kalau beli online jangan lupa print. Masa beli tiket tu, beli la sekali travel insurance dia. In case jadi apa-apa, ada la jugak back up.
Baggage – Kena tau luggage limit, kalau MAS 20kg, kalau Air Asia ikut berapa banyak kita bayar.
Currency Exchange – Semak currency rate awal2. Kena selalu monitor bila rate rendah cepat2 beli. Harus peka dan alert demi keuntungan poket sendiri.
Itinerary – Prepare awal2, agak2 masa & aktiviti semua da cantekkk, tulis elok2 dalam notebook ke, tablet ke, buku ke kertas ke, simpan dalam beg. Usung la kehulu-kehilir pon takpe, janji perjalanan smooth je.
Clothing –. Semak dahulu cuaca dan suhu tempat kita nak pergi tu.
Accommodation – Nanti nak tinggal kat mana? Dah confirm belum? Dah print apa2 confirmation letter? Da save nombor yang penting?
Transport – Kena siapkan rancangan dari airport nak pergi hotel naik apa, dari hotel nak gi jalan2 naik apa, kat mana metro or train station yang dekat. Peta memang wajib ada lah. Sekarang kan senang je nak download and save maps dalam smartphone or tablet.
Wallet –Try mudahkan diri sendiri. Guna yang ada 2 compartment pun cukup. Letak duit yang dah diconvert tu. Duit RM beberapa keping dan IC dan gambar simpan dalam bekas lain elok2. Simpan dalam beg yang selamat,
Handphone –Simpan nombor telefon kedutaan dan nombor-nombor lain yang boleh guna bila ada emergency. Battery handphone mesti fully charged. Bawak charger, jangan lupa.
Language – Nak pergi France, at least tau la sebut Bonjour, Bonsoir, Merci, Au Revoir etc. Nak pergi Korea kena la tau jugak Annyeonghaseyo, kamsahamnida etc. Perkataan yang basic je untuk penggunaan seharian. Takdelah blur bila orang lain sebut kat kita. Bukan tau eja je,sebutan tu kena tau sekali.
Food & Beverages – Ikut selera perut, ikut kemampuan, ikut kerajinan mencari tempat. Sebagai muslim, mesti kena tau cari makanan yang halal. Tapi kalau tak nak guna sangat duit untuk cari makan kat tempat tu, bawak je banyak2 bekal seperti maggi dan makanan dlm tin.
Medicine – Panadol, Balm, Salonpas, plaster, ubat lelah sila bawa la juga untuk kegunaan di saat2 kecemasan. Salonpas tu sedap tampal time2 lenguh, walaupun tak menyembuhkan tapi dapat melegakan. Vitamin C, Kalsium magnesium ke apa2 supplement bawak lah jugak. Tapi kalau bole minimumkan bekas,guna yang kecikuntuk memudahkan perjalanan kita.
Penjagaan diri – Kalau pergi tempat sejuk, moisturizer & lip balm sangat penting, tempat panas pulak sunblock tu keperluan utama. Cleanser, berus gigi, sabun & segala toiletries tu terpulang kepada anda. Wet tissue untuk kat toilet yang takde paip, kalau ada botol kosong lagi senang, masuk toilet isi air penuh2 lepastu guna. Tapi wet tissue dan tisu muka tetap kena ada simpan dalam beg.
Solat & Ibadat - Walau kemana pun kita pergi, solat jangan tinggal. Untuk perempuan, bawak lah telekung yg boleh gumpal2 yang muat isi dlm beg kecik tu,senang angkut mana2. Sejadah bawak yang nipis pon cukup,senang simpan & ringan. Sarung bantal pon boleh asalkan bersih. Kompas kiblat kena ada, yang kotak kecik kaler hijau tu RM10 je, banyak jual kat mane2.
Lain2 yang penting – Travel adapter, kalau boleh beli all in one, pastu simpan elok2 jangan kasi sepah2 sebab memang keperluan, jam tangan, camera, sunglasses, cap/hat, stokin, payung, raincoat, beg kecik boleh lipat2 sebagai spare,
https://www.facebook.com/promosijombercuti?ref=hl
No comments:
Post a Comment